Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Profesor ‘Gila’ Paksa Pelajar Makan Tahi Dipenjara 12 Tahun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SEORANG profesor sebuah universiti di Korea Selatan dihukum penjara 12 tahun setelah didapati bersalah mendera pelajarnya dari segi fizikal dan mental termasuk memaksa makan tahi serta minum air kencing.
Menurut laporan media tempatan, tertuduh yang berusia 52 tahun dan hanya dikenali sebagai Jang, melakukan penderaan itu bersama tiga lagi tertuduh selama dua tahun kepada seorang pelajar jurusan reka bentuk.
Perbuatan kejam oleh profesor berkenaan hanya terbongkar pada Julai lalu selepas pelajar yang berusia 29 tahun itu berjaya diselamatkan ketika cuba membunuh dirinya akibat mengalami trauma.
Penderitaan pelajar tersebut bermula apabila profesor berkenaan dikatakan mengambilnya bekerja dalam organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dikelolakannya sejak tahun 2013.
Tiga lagi tertuduh juga merupakan bekas pelajar yang diambil bekerja di organisasi tersebut.
Berdasarkan laporan polis, mangsa dikatakan sering dipukul dengan kayu besbol dan pelbagai alat lain.
Selain itu, kepala mangsa pernah dibungkus dengan beg plastik dan matanya disembur dengan penyembur pemedih mata ke dalam bungkusan itu.
Paling kejam, mangsa dipaksa memakan najis termasuk meminum air kencing mereka yang dibotolkan.
Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan terpaksa menjalani pembedahan pada tahun lalu untuk merawat kecederaan pada paha kanannya.
Difahamkan, profesor tersebut telah dibuang daripada universiti berkenaan pada Julai lalu.
Manakala, tiga lagi tertuduh dihukum penjara enam tahun kerana bersubahat. – Agensi/

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments