Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Derita Ari Wibowi, Dikenali Sebagai ‘BUDAK ULAR’
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Seorang remaja lelaki terpaksa hidup menderita sejak lahir kerana penyakit kulit yang dialaminya menjadikan dia seolah-olah ular.
Ari Wibowi, 16, akan melalui proses bersalin kulit menyakitkan setiap 41 hari dan di antara tempoh itu, dia perlu merendam tubuhnya dalam air sejam sekali dan menyapu pelembab setiap tiga jam untuk hidup dengan agak selesa.
Seorang jurugambar yang mendokumentasi perjalanan hidup Ari sebagai sebahagian daripada projek kajiannya, Nurcholis Anhari Lubis berkata, keadaan itu menyebabkan remaja terbabit hidup seperti seekor ular yang akan bersalin kulit.
Menurut Nurcholis, 35, penderitaan dialami Ari amat menyedihkan.
“Kulitnya menggelupas dari kaki hingga ke kepala,” katanya.
Ari dilahirkan di sebuah hospital melalui pembedahan caesarean.
Namun apabila doktor mendapati dia mengalami masalah kulit, mereka meminta keluarganya membawa pulang bayi berkenaan kerana kemudahan di situ tidak mencukupi untuk merawatnya.
Kata Nurcholis, jika tubuh Ari tidak direndam atau dilembapkan, remaja terbabit akan menjadi keras dan tidak boleh bergerak.
“Ketika malam dia perlu bangkit setiap sejam untuk merawat dirinya, atau kadang-kadang dibantu neneknya.
“Jika dibiarkan lama, nak bercakap pun dia tidak boleh kerana mulutnya kekeringan dan boleh menyebabkan pendarahan,” katanya.
Nurcholis berkata, Ari juga hidup kesepian kerana tiada sesiapa mahu berkawan dengannya disebabkan keadaannya itu.
“Dia juga belajar sendiri kerana tiada sekolah mahu menerimanya.
“Pihak sekolah takut masalah kulit Ari akan berjangkit kepada guru atau pelajar lain,” katanya.
Walaupun menderita begitu, Ari tidak pernah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Keadaan ekonomi keluarganya yang miskin juga menjadi penghalang mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor. - Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments