Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PANAS - Siang Jadi Jururawat, Malam Bertukar Mafia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Gambar sekumpulan pelajar politeknik perubatan Singapura membuka baju ala gangster hingga kelihatan tatoo di badan kini hangat diperkatakan di laman siber sana.

Dipercayai, pelakunya merupakan penuntut Politeknik Ngee Ann jurusan Kejururawatan Sains Kesihatan yang mengambil foto tersebut di tandas.

Turut disertakan bersama gambar berkenaan adalah kapsyen, “Nurse by day, mafia by night” (Siang jadi jururawat, malam jadi mafia).

Antara pertanyaan yang diutarakan rakyat Singapura yang melihat gambar ini adalah, ”Bolehkah jururawat bertatoo?”, ” Tidakkah ini akan menakutkan pesakit” dan “Tidakkah mereka ada perasaan hormat pada uniform yang dikenakan?”.

Yang pasti, antara masalah anak muda  hari ini adalah sesuka hati mereka memuatnaik status dan gambar yang tidak sepatutnya di laman sosial tanpa memikirkan akibat perbuatan tersebut.
Jangan kata Singapura, di Malaysia pun tak kurang juga yang berperangai sengal begitu

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments