Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Johan Sanggup Tolak Jika Menang Kategori Lawak ABPBH 2013
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau Johan (Raja Lawak) mahu menyerahkan trofi Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) sekiranya dia memenangi kategori itu.
Johan berkata, Ebby Yus layak diangkat sebagai juara kerana pelawak itu memiliki bakat serba boleh yang dirasakan wajar untuk diberi pengiktirafan berdasarkan pengalamannya dalam industri hiburan negara.
"Saingan bagi kategori ini boleh dikatakan agak sengit. Kalau anda tanya saya, saya sanggup mengalah. Biarlah dia (Ebby Yus) bersaing dengan tiga finalis lain, barulahgentleman sikit.
"Abang Ebby Yus layak menang pada kali ini kerana dia bukan bermula sebagai pelawak tetapi menempa nama sebagai pelakon dan baru tercalon bagi kategori itu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Selain Johan dan Ebby Yus, tiga finalis yang turut dicalonkan bagi kategori itu ialah Zizan Razak, Jep (Sepahtu) dan Rahim (Sepahtu).
Johan pernah membawa pulang trofi bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular pada ABPBH 2011 yang diadakan dua tahun lalu.
ABPBH 2013 akan diadakan pada 6 April depan di Genting Highlands, Pahang.
Menurut Johan, dia tidak akan melatah jika gagal mengungguli kategori tersebut kerana anugerah itu tidak penting baginya, tambahan pula dia pernah diumumkan sebagai pemenang untuk kategori berkenaan.
"Saya tak kisah jika menang atau tidak. Jika menang itu satu bonus tetapi jika kalah saya tidak akan melatah. Cukuplah sekadar pernah merasa menang trofi itu sebelum ini," katanya kepada mStar Online .
Sementara itu, bercerita mengenai pengalaman menunaikan umrah bersama isterinya, Ozlyn Wati pada 8 hingga 16 Januari lalu, Johan memberitahu segala urusannya di Tanah Suci itu dipermudahkan Allah.
"Pengalaman di sana semuanya indah. Alhamdulillah segala urusan saya dan isteri dipermudahkan Allah. Saya bersyukur kerana dapat mengucup Hajarul Aswad.
"Di sana saya turut berdoa agar hubungan saya, isteri dan keluarga terus utuh sehingga ke akhir hayat," katanya.
Tambah Johan, dia juga berasa teruja kerana dapat menjejakkan kaki dan melihat sendiri dengan jelas tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments