Hubungan mesra di antara aktres comel yang bergelar ibu tunggal, Nora Danish dengan jejaka yang merupakan anak seorang menteri kabinet, Nedim Nazri bukan lagi rahsia di kalangan peminat pelakon tersebut.
Menurut ruangan gosip akhbar Harian Metro, hari ini, dikhabarkan pelakon itu sudah pun mula membeli serba sedikit barang untuk dijadikan hantaran kepada bakal suaminya itu.
Menerusi artikel itu juga, pasangan sama cantik sama padan itu juga dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.
Kalau betullah cerita ini, tahniah ‘in advance’ diucapkan buat Nora dan Nedim.
Tentunya peminat setia Nora gembira dengan perkhabaran ini dan mendoakan perkahwinan yang bakal dibinanya kelak berkekalan sehingga ke akhir hayat.
No comments
Post a Comment