Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ular gergasi dibunuh penduduk kampung
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



MEXICO CITY  - Penduduk sebuah kampung di Mexico membunuh seekor ular gergasi berukuran 7.62 meter yang dikhuatiri mampu menelan seorang budak walaupun tindakan tersebut dikritik oleh kumpulan pencinta alam sekitar.

Mail Online dalam laporannya menyebut, kejadian itu berlaku di Kampung Benito Juarez dekat negeri Tabasco, tenggara Mexico apabila ular tersebut dikesan menyusur di laluan kereta api.

Penumpang sebuah kereta api yang kebetulan lalu di kawasan tersebut memberi amaran kepada penduduk kampung yang kemudiannya bertindak memukul ular besar itu menggunakan kayu sehingga mati.

Malah, mereka turut memotong kepala ular berkenaan yang tidak sempat melarikan diri ke kawasan semak.

Kumpulan pencinta alam sekitar yang mengutuk tindakan penduduk kampung itu berkata, mereka yang terlibat dalam pembunuhan haiwan itu mungkin berdepan dakwaan.

Bagaimanapun penduduk tempatan, Nicandro Aguilar berkata, mereka mempunyai hak untuk melindungi haiwan ternakan dan nyawa mereka daripada ancaman ular gergasi berkenaan.

"Saya tidak pernah melihat ular sebesar itu yang jelas mengundang bahaya kepada banyak pihak terutamanya golongan kanak-kanak.

"Ular itu dipercayai tinggal di sebuah gua berhampiran dan menjadi punca kehilangan banyak haiwan ternakan di kampung ini," katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments