Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Si kudung Memandu Tanpa Lesen
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Beijing: Seorang lelaki yang kudung kedua-dua tangan ditahan polis kerana memandu menggunakan kakinya tanpa lesen di Lebuh Raya Shanghai-Chongging.
Lelaki itu dikenali sebagai Guo, 45, sebelum ini mendakwa memandu kenderaannya sehingga 160,000 kilometer (km) tanpa pernah ditahan.
Guo ditahan ketika cuba mengelak pemeriksaan polis di hentian Xiantao di lebuh raya berkenaan dengan memasuki lorong tol yang lebih jauh.

Polis yang mengejarnya terkejut apabila menemu Guo memandu dengan kaki kirinya pada stereng.

Apabila diminta keluar dari kenderaan, Guo menggunakan ibu jari kaki kanan untuk menarik gear kepada neutral sebelum menggunakan kaki kanannya untuk memutarkan kunci dan mematikan enjin.
Difahamkan, Guo hilang kedua-dua tangannya pada usia tujuh tahun selepas tersentuh kabel voltan tinggi ketika memotong rumput.

Sejak kejadian, dia belajar menggunakan kakinya untuk meneruskan kehidupan seharian termasuk membasuh muka dan menggosok gigi, menulis dan memandu.

Guo meraih pendapatan dengan menjual buah bersama-sama isterinya. Dia juga menyara ibu bapanya yang uzur serta anak lelakinya di universiti.

Guo belajar memandu dalam tempoh kurang seminggu namun gagal mendapatkan lesen mengikut undang-undang China. 

Ketika disoal, Guo mengaku pemilik kereta berkenaan malah sudah memandu lebih 160,000km menggunakan kenderaan itu. Dia juga mendakwa tidak pernah kemalangan.

Dia kini disiasat polis kerana memandu tanpa lesen. Dia boleh didenda sehingga 2,000 RMB (RM1,028) dan dipenjara tidak lebih 15 hari jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dia dilaporkan hanya mendapat amaran lisan dan didenda 500 RMB (RM257).

Menurut polis, Guo sebenarnya pemandu berhemah malah menghabiskan 4,000 RMB (RM2,057) untuk insurans kenderaannya.

“Kami amat menghormati orang kelainan upaya yang mampu berusaha keras demi mencari rezeki.

“Namun perbuatannya memandu tanpa lesen di lebuh raya amat berbahaya. Kami berharap dia tidak memandu lagi selepas ini,” kata polis.- Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments