Kuala Lumpur: Pihak penyiasat memperoleh imej rakaman dan bukti baru
kewujudan trak model Volvo yang dikesan membawa sistem peluru berpandu
BUK sejurus pesawat MH17 ditembak jatuh.
Agensi media Dailymail.Uk dipetik berkata, bukti yang juga petunjuk
utama itu boleh mengaitkan pemberontak pro-Russia berikutan pemilik
kenderaan itu mendakwa kumpulan pemberontak merampas trak itu sembilan
hari sebelum kejadian.
Pemilik trak Volvo berwarna putih berasal dari Wilayah Donetsk mengenal
pasti kenderaan itu miliknya dan mendakwa ia digunakan pemberontak
untuk menembak pesawat MH17 pada 17 Julai lalu.
Rakaman itu yang diperoleh polis Ukraine menunjukkan imej sistem peluru berpandu BUK pada trak Volvo diseludup keluar dari timur Ukraine pada awal pagi 18 Julai, sehari selepas tragedi pesawat MH17.
Rakaman itu yang diperoleh polis Ukraine menunjukkan imej sistem peluru berpandu BUK pada trak Volvo diseludup keluar dari timur Ukraine pada awal pagi 18 Julai, sehari selepas tragedi pesawat MH17.
Berita di laman web Lithuanian mendedahkan pemilik trak dikenali
sebagai Vasiliy itu memberitahu agensi perisikan Barat memperoleh imej
pergerakan trak miliknya itu.
Laman web itu berkata, Vasiliy kini saksi baru untuk jenayah dahsyat berkenaan.
Laman web itu berkata, Vasiliy kini saksi baru untuk jenayah dahsyat berkenaan.
No comments
Post a Comment