Beijing: Sepasang warga tua dibunuh oleh anak kandung mereka yang
bersekongkol dengan kawannya sebelum mayat mangsa dikerat serta dimasak
di dalam ketuhar gelombang mikro.
Pegawai pendakwa Michael Arthur berkata, Henry Chau Hoi-leung, 30,
dan rakannya Tse Chun-kei, 36 merancang melakukan pembunuhan itu lebih
dari tiga bulan lalu dengan membeli pisau, peti sejuk dan ketuhar
gelombang mikro khas untuk tujuan berkenaan.
Selepas ditangkap Chau dan Tse mengaku membunuh Chau Wing-ki, 64, dan isterinya Siu Yuet-yee, 63, pada 1 Mac tahun lalu kerana mereka berasakan “telah bersedia.” Bagaimanapun, di mahkamah semalam kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah. Menerusi rakaman litar tertutup mangsa dilihat kali terakhir memasuki bangunan di Tai Kwok Tsui bersama anak sulung mereka itu.
Tertuduh dilihat keluar bersendirian dari bangunan itu 20 minit kemudian.
Arthur berkata, Henry mungkin melakukan pembunuhan pada waktu itu.
“Pembunuhan ini sangat terancang. “Mereka merangka tindakan itu sejak Januari sebelum melaksanakannya pada 1 Mac,” katanya. Anggota badan pasangan malang yang dikerat itu ditemui di dalam flat berkenaan pada 15 Mac dengan kepala mereka ditemui di dalam dua peti sejuk berasingan. - Agensi
No comments
Post a Comment