Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Hamil Dakwa Dipukul Dan Ditendang Suami
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



ALOR SETAR - Seorang wanita hamil tiga bulan mendakwa sering dipukul, malah ditendang suaminya yang berusia 28 tahun kerana perbezaan sumber pendapatan antara satu sama lain.

Wanita berkenaan mendakwa suami kerap memukul di kediaman sewa mereka di Taman Permai dan Taman Aman, dekat sini, sejak berkahwin pada September lalu.

Terbaru, mangsa berusia 25 tahun dikatakan mengalami kecederaan di beberapa bahagian termasuklah di mata, selepas ditumbuk suaminya sehingga perlu  mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

“Kami melarikan diri ke Kuantan selepas berlaku kekecohan di rumah sewa kami. Lagipun, suami berjanji akan berubah. Namun, apabila tiba di sana pekerjaan dijanjikan tidak dapat menyebabkan kami berdua merempat.

“Tidak lama kemudian, dia membawa saya ke Kuala Lumpur atas alasan untuk memulakan hidup baru. Namun, entah di mana silapnya saya dipukul sehingga mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya,” katanya.

Katanya, suaminya yang  merupakan bekas pekerja sebuah kilang di Mergong dekat sini, membawa dirinya pulang ke Alor Setar, selepas niat mereka memulakan hidup baru tidak kesampaian.

“Apabila balik, kami menyewa di sebuah bilik kecil di Taman Alor Setar, dekat sini. Apa yang mengejutkan, kediaman terbabit turut disewa beberapa lelaki bujang lain. Lebih menakutkan, lelaki tersebut adakalanya mengganggu saya,” katanya.

Malah, mangsa mendakwa terkilan apabila suaminya tidak hanya meninggalkan dirinya gantung tak bertali secara tiba-tiba sejak beberapa hari lalu, sebaliknya turut menyebabkan dirinya dibebani hutang.

“Kini, saya tidak tahu status kerana ibu mentua mendakwa dia sudah menceraikan saya.  Malah, mereka langsung tidak ingin mendengar perkara sebenar dari mulut saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa mendakwa keluarga mentuanya di Kampung Lubuk Merbau, Jitra, langsung tidak menerimanya, manakala masyarakat tempatan menuding jari menyalahkan dirinya.

“Saya tak nak dituduh bukan-bukan. Jika benar saya sudah diceraikan, saya terima dari dibiarkan sebegini. Sebelum itu, saya mohon suami tampil membuat buku merah untuk anak kami. Lagipun, dia tak berdosa,” katanya.

Lebih menyulitkan keadaan, katanya, mereka berdua berkahwin di Thailand selepas tidak direstui oleh ibu bapanya, sekali gus didakwa menyebabkan niatnya membuat laporan polis mengalami kesulitan.

SH

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments