Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 114 Pengikut Syiah Ditahan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



TAIPING: Seramai 114 orang termasuk lapan warga asing yang dipercayai pengikut ajaran Syiah, ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau, berhampiran sempadan Gerik, di sini, ketika meraikan satu majlis malam kelmarin.
Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 10 malam itu, seramai 54 lelaki, 28 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tujuh hingga 70 tahun ditahan.
Operasi besar-besaran itu membabitkan 150 pegawai dan anggota polis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan lokasi rumah itu terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama sempadan Gerik dan Selama, di sini.
Ketua Polis Daerah Selama Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kegiatan meragukan kumpulan terbabit terbongkar selepas seorang pengikutnya memaklumkan kepada polis berhubung aktiviti yang diadakan di sebuah rumah penduduk di kawasan berkenaan dan meminta pihak JAIPk supaya tidak mengganggu aktiviti yang mereka jalankan.
“Susulan daripada laporan yang meragukan, polis kemudian menjalankan siasatan terperinci bersama JAIPk dan memantau aktiviti yang dilakukan kumpulan terbabit sebelum melakukan serbuan. -HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments