Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kekasih Mick Jagger Mati Tergantung
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


New York: Pereka fesyen L’Wren Scott yang juga kekasih vokalis Rolling Stones, Mick Jagger ditemui mati di apartmennya di sini, awal semalam.
Jurucakap Jagger dalam kenyataannya memberitahu, penyanyi itu sangat terkejut dan sedih dengan kematian L’Wren, 49. Media Amerika Syarikat melaporkan, wanita itu ditemui dalam keadaan tergantung.
Menurut status di Twitternya, Jagger, 70, kini berada di Perth, Australia kerana konsert jelajah bersama kumpulannya Bekas model warga Amerika itu mula menjalinkan hubungan dengan Jagger sejak 2001 selepas penyanyi itu bercerai dengan isterinya, Jerry Hall. Polis New York mengesahkan anggotanya menemui mayat seorang wanita selepas dipanggil ke apartmen di Manhattan itu kira-kira jam 10 pagi (waktu tempatan).

“Ketika tiba di tempat kejadian, polis menemui seorang wanita berusia 49 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kaku.
“Dia disahkan mati di tempat kejadian. Siasatan masih dijalankan dan pemeriksaan perubatan akan menentukan punca kematiannya,” kata jurucakap polis. Jurucakap Jabatan Bomba New York mengesahkan anggotanya menemui mayat terbabit apabila dihubungi untuk ke tempat berkenaan.

Media tempatan melaporkan L’Wren dengan ketinggian 1.93 meter ditemui tergantung dengan skaf melilit lehernya dan tiada sebarang nota ditemui.

Sementara itu, Rolling Stones membatalkan konsert pertama di Australia berikutan kematian L’Wren.
Kumpulan berkenaan sebelum ini turut dijadual membuat persembahan di New Zealand dan Eropah. - AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments