Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bakal Pengantin Mati Tertimbus
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Hasrat seorang lelaki warga Bangladesh pulang ke kampung halaman untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian apabila ditemui mati dalam runtuhan tanah di sebuah gudang perabot di Jalan Kampung Baru Subang, di sini, semalam.
Ketika kejadian jam 10.43 pagi, mangsa dikenali sebagai Abul Kassim, 43, dikatakan berada di dalam tandas sebelum dihempap konkrit dan tertimbus di dalam runtuhan.
Seorang pekerja Shierly Liew, 34, berkata, kejadian itu berlaku selepas diaa terdengar bunyi kuat dari arah belakang gudang.
“Saya terdengar bunyi kuat dari arah belakang sebelum nampak perabot bergerak ke arah saya.
Saya cuba lari menyelamatkan diri, namun kaki kiri saya tercucuk kayu perabot yang patah.
“Saya menjerit meminta tolong dan ketika itu saya nampak seorang lagi rakan tertimbus separuh badan,” katanya.
Menurut Shierly, dia dan rakan berjaya diselamatkan dengan bantuan rakan lain, namun seorang lagi rakan mereka yang berada di dalam tandas terperangkap dan gagal diselamatkan.
Shierly berkata, ketika kejadian ada 12 pekerja di dalam gudang yang baru dibuka jam 10 pagi untuk mengadakan promosi.
“Hari ini (semalam) kami buka awal sejam kerana hujung minggu kebiasaannya ramai pelanggan,” katanya yang tujuh tahun bekerja di gudang berkenaan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, mayat mangsa ditemui jam 2.35 petang dalam keadaan terlentang.
Beliau berkata, runtuhan berlaku susulan kerja pembinaan sebuah kilang di atas bukit setinggi 50 meter di belakang gudang yang mempunyai keluasan 30x10 meter persegi berkenaan.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.43 pagi dan tiga jentera membabitkan 21 anggota dan pegawai diarah ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, soal siasat terhadap pemilik gudang itu mendapati ia kejadian pertama sejak operasi pembinaan kilang di atas bukit itu dijalankan.
“Sebelum ini tiada runtuhan tanah berlaku, tetapi bukit itu menjadi laluan air yang akan memenuhi kawasan gudang.
“Kita percaya hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan tanah mendap dan berlaku runtuhan secara perlahan-lahan,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments