KUALA LUMPUR – Dua beranak yang berpakat mempromosi dan memberikan sokongan kepada perbuatan keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS) di negara ini dijatuhi hukuman penjara masing-masing 18 tahun dan 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Murad Halimuddin Hassan, 49, dan anaknya, Abu Daud Murad Halimuddin, 25, setelah mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mempromosikan perbuatan keganasan di Malaysia yang bertentangan dengan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan di No. 61, Pengkalan Batu Hampar, Mukim Air Putih, Pendang, Kedah antara 30 Januari hingga 5 April lalu.
No comments
Post a Comment