Missoula – Seorang wanita yang baru seminggu berkahwin didakwa
kelmarin kerana membunuh suaminya dengan menolaknya dari sebuah tebing
di Taman Negara Glacier ketika bertengkar.
Dokumen tuduhan menyatakan Jordan Linn Graham, 22, ragu-ragu untuk
berkahwin ketika mayat suaminya, Cody Lee Johnson, 25, dari Kalispell,
ditemui.
Bertengkar
Graham memberitahu seorang ejen FBI bahawa dia dan suaminya
bertengkar pada 7 Julai lalu ketika mereka berjalan di kawasan Loop
Trail di taman itu.
Pada satu ketika, dia berpatah balik, namun Johnson merentap lengannya, kata tertuduh.
Dia berpusing, meleraikan pegangan tangan suaminya dan “akibat
berang, dia menolak Johnson yang membelakangkannya dengan kedua
tangannya di belakang, mengakibatkan suaminya jatuh tersembam dari
tebing,” kata satu afidavit.
Dilapor hilang
Johnson dilaporkan hilang 8 Julai lalu apabila dia gagal hadir ke tempat kerja.
Graham kemudian melaporkan dia menjumpai mayat suaminya.
Graham membuat kemunculan awal di mahkamah kelmarin di hadapan
Majistret Jeremiah C Lynch atas tuduhan pembunuhan darjah kedua. Dia
kini ditahan.
Peguamnya, Andrew Nelson, enggan mengulas.
Keluarga Johnson dan rakan lega selepas menggesa siasatan dijalankan sejak mayatnya ditemui pada 12 Julai lalu.
“Dua bulan mungkin tidak terlalu lama untuk FBI menyiasat, namun
apabila anda menunggu jawapan, ia terlalu panjang,” kata rakan keluarga,
Tracey Maness.
Maness berkata Johnson teruja dengan perkahwinannya dan mencintai Graham. – AP
No comments
Post a Comment