MONTREAL - Sempena sambutan ulang tahun ke-75 penciptaan watak Superman, Kanada memberi penghargaan dengan mengeluarkan duit syiling yang memaparkan lakaran karikatur adiwira tersebut kelmarin.
Kanada juga akan mengeluarkan tujuh reka bentuk duit syiling dengan lakaran watak adiwira berkenaan.
Royal Canadian Mint berkata, ia akan mengeluarkan koleksi duit syiling itu dengan nilai daripada 50 sen hingga 75 sen.
Koleksi duit syiling itu juga akan dikeluarkan dalam bentuk emas, perak dan kupro nikel.
Harga syiling itu ditawarkan bermula AS$28.70 (RM93.97) untuk syiling kupro nikel. Sementara sejumlah setem akan diberikan bersama duit syiling emas 14 karat yang bernilai AS$723.80 (RM2,369).
Syiling emas itu menawarkan lakaran visual berwarna Superman dan sedang diiktiraf sebagai yang pertama seumpamanya. Sebanyak 2,000 keping syiling akan dikeluarkan untuk dibeli.
Watak Superman buat pertama kali muncul pada tahun 1938. Ia telah dicipta bersama oleh Joe Shuster yang berasal dari Kanada dan Jerry Siegel dari Amerika Syarikat. - AFP
No comments
Post a Comment