Belum pun reda cerita dirinya tampil seksi dan liar ketika mengadakan persembahan bersama penyanyi, Robin Thicke, pada Anugerah Muzik Video MTV 2013 kira-kira dua minggu lalu, kini Miley Cyrus membuat satu lagi kejutan apabila menanggalkan seluruh pakaiannya dalam klip single terbaru, Wrecking Ball.
Selepas berminggu-minggu peminatnya menunggu kemunculan video muzik single kedua daripada albumnya yang berada di pasaran tidak lama lagi, Bangerz, tentunya mereka tidak percaya apabila Miley beraksi tanpa seurat benang dalam klip lagu balada yang berkisar mengenai kisah putus cinta itu.
Jika dia menggunakan pendekatan berani itu untuk mempromosikan lagu dan album terbarunya, rasanya ia memang berkesan.
Bayangkan beberapa jam selepas klip terbabit dimuat naik ke laman YouTube, lewat Isnin lalu, ia terus menarik perhatian jutaan peminat. Ketika artikel ini ditulis pula, petang semalam, video muzik Wrecking Ball sudah pun menghampiri angka 40 juta tontonan!
No comments
Post a Comment