London – Foto seorang wanita mengacukan
sepucuk pistol ke kepala seorang kanak-kanak kini tersebar meluas di
laman sosial selepas dimuat turun kira-kira sebulan yang lalu.
Imej itu mencetuskan pelbagai spekulasi
serta respon daripada orang ramai yang bimbang akan keselamatan
kanak-kanak yang dipercayai berusia sekitar dua tahun itu.
Bagaimanapun,tidak banyak maklumat yang
berjaya diperoleh melalui gambar tersebut sekaligus membantutkan usaha
pihak tertentu yang ingin membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Memandangkan foto tersebut berasal dari
laman Facebook milik seorang warga Argentina, ramai yang membuat andaian
bahawa kedua-duanya merupakan penduduk Amerika Latin.
Kebanyakan pengguna laman sosial menyifatkan imej wanita yang tersenyum itu sebagai sesuatu yang “cukup jahat”.
Tidak dapat dipastikan samada senjata
yang digunakan adalah asli atau tidak, namun ia telah meningkatkan
kebimbangan orang ramai mengenai kes penderaan domestik.
Secara tidak langsung, ia turut mempengaruhi penulis blog dan bekas mangsa dera untuk berkempen menentang jenayah itu.
No comments
Post a Comment