Ampang: “Saya sedih kerana kakak, Nurain Othman, 27, dan adik bongsu, Nuramanina Aminah Othman, 11, tenggelam lemas ke dasar kolam tanpa disedari orang ramai yang turut berenang di kolam sama,” kata Muhd Iqbal Nazmim, 23.
Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, mangsa dua beradik itu lemas ketika melakukan aktiviti riadah di sebuah kelab renang di Taman Melawati, Hulu Klang di sini.
Iqbal berkata, kejadian itu hanya disedari salah seorang adiknya, Muhd Alif Haziq, 12, sebelum bertindak meminta bantuan orang ramai yang berada berhampiran kolam itu.
“Walaupun berjaya ditarik keluar dari kolam namun semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.
Dia mendakwa lebih kecewa apabila pihak pengurusan kolam renang seakan-akan menyalahkan adik dan kakaknya itu kerana tidak mengikut prosedur. HMetro
No comments
Post a Comment