Abang nampak adik bongsu tergantung
Gua Musang: Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wangi (SMKSW) maut terjerut tali buaian di rumahnya di Kampung Tanah Puteh, di sini, kelmarin.
Gua Musang: Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wangi (SMKSW) maut terjerut tali buaian di rumahnya di Kampung Tanah Puteh, di sini, kelmarin.
Remaja berkenaan, Nor Aiman Nor Azmi, 14, dikatakan melompat-lompak dari
atas kerusi sambil mengacukan tali buaian ke lehernya apabila kerusi
itu terbalik menyebabkan dia terjerut.
Abang mangsa, Mohd Noyusairul, 19, yang menemui adiknya tergantung pada tali buaian itu kira-kira jam 2.30 petang, terus membawa Nor Aiman ke Hospital Gua Musang (HGM).
Bagaimanapun, Nor Aiman yang juga anak bongsu daripada empat beradik disahkan meninggal dunia oleh doktor ketika sampai di HGM.
Main dalam bilik
Ketika ditemui rumahnya, Mohd Noyusairul berkata, sebelum kejadian mangsa bersama anak saudaranya, Mohd Firdaus Sambal, 8, bermain-main dalam bilik tidur itu sambil mendengar radio.
“Mohd Firdaus tidak memberitahu mengenai kejadian itu sebelum saya sendiri yang ternampak mangsa tergantung di tali buaian ketika berjalan untuk mengambil makanan di dapur dan cepat-cepat memotong tali itu.
“Saya ingat dia masih bernyawa ketika itu dan sedih sekali apabila doktor yang merawatnya mengesahkan adik saya sudah meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, pada hari kejadian arwah sudah dua hari tidak ke sekolah kerana tidak sihat dan sentiasa mendengar muzik yang dipasang dengan kuat dalam bilik tidur.
Ibu mangsa, Wan Asnah Wan Ab Rahman, 53, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja membersihkan kawasan di Kem Etnobotani dan diberitahu mengenai kejadian itu kira-kira jam 3 petang sebelum bergegas pulang.
No comments
Post a Comment