MACAM tak percaya pula dengan khabar terbaru yang kami dengar mengenai penyanyi Adira.
Kononnya, dia dan ‘teman tapi mesra’nya iaitu Presiden Gerakan Belia
Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 28, sudah tidak
lagi mempunyai hubungan istimewa.
Ia berikutan ketiadaan gambar jejaka tersebut di dalam akaun
Instagram Adira yang khabarnya telah dipadamkan oleh penyanyi itu
sendiri, memetik laporan GUA.
Biar pun kedua-duanya tidak pernah berterus-terang mengenai hubungan
mereka, semua orang sudah dapat mengagak yang mereka sememangnya
berpacaran sebelum ini.
Persoalannya, jika benar mereka sudah berpisah, adakah ia disebabkan
gosip yang hangat diperkatakan sebelum ini, kononnya Shahrul cuba
mendekati seorang pelakon wanita kontroversi yang kini hangat
diperkatakan selepas kisah putus cintanya?
Sama ada benar atau tidak, kita tunggu sahaja kenyataan dari mulut Adira sendiri.
No comments
Post a Comment