Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bapa Tiri Pukul Dan Tikam Anak Hingga Parah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KOTA KINABALU: Umpama dirasuk syaitan, seorang lelaki tempatan tergamak menikam dan memukul anak perempuan tirinya sehingga parah dalam satu insiden di Taman Prince Philip, Tanjung Aru, di sini, pagi kelmarin.

Dalam insiden jam 8.30 pagi terbabit, mangsa yang berusia 33 tahun dan berasal dari Kampung Laut Papar itu mengalami kecederaan parah selepas tusukan sedalam satu inci di bahagian perutnya selain luka-luka di bahagian badan akibat dipukul menggunakan kayu oleh suspek.

Dikatakan sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di Papar diajak ke Tanjung Aru pada pagi terbabit kononnya untuk bertemu dengan seorang rakan suspek.

Bagaimanapun sebaik tiba di Tanjung Aru, tiada sebarang kelibat rakan suspek di situ dan akhirnya suspek mengaku tujuan membawa mangsa adalah untuk berbincang sesuatu.
Suspek dipercayai cuba memujuk mangsa untuk menggugurkan tuduhan mahkamah terhadapnya atas kesalahan penderaan fizikal namun berlaku pertengkaran antara mereka berdua sejurus itu.

Pujukan berkenaan kemudiannya difahamkan gagal sehingga mengakibatkan suspek berang lalu bertindak di luar kawalan dengan menikam mangsa menggunakan sebilah pisau serta memukulnya dengan kayu sehingga rebah sebelum lari dari tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu Superitenden M Chandra berkata, mangsa yang dalam keadaan parah sempat meminta pertolongan orang awam sebelum ketibaan sepasukan anggota peronda di lokasi itu.

“Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan kecemasan dan kini dilaporkan stabil.
“Suspek yang dipercayai bapa tiri kepada mangsa bagaimanapun melarikan diri selepas kejadian itu.

“Polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung kes ini termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian berkenaan,” katanya.

Chandra berkata, siasatan awal kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.


UtusanBorneo

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments