Alabama – Adakah ini selfie paling
teruk? Bergambar dengan mayat, bukan satu gurauan. Tapi itu yang
dilakukan oleh seorang remaja sekolah menengah ketika melakukan lawatan
ke jabatan biologi Universiti Alabama.
Selfie yang diambilnya itu dimuat naik dalam instagram.
Biarpun dia sudah memadamkannya, namun ada rakannya yang sudah merakamkan gambar itu dan menunjukkan kepada kakaknya.
Kes itu kemudian diadukan kepada pihak sekolah.
Ia menyebabkan kes ini menjadi kecoh kerana jelas sekali tindakan
pelajar itu melanggar arahan yang ditetapkan oleh universiti berkenaan.
Arahan itu termasuk tidak boleh membawa telefon bimbit, tidak boleh
mengambil gambar dan mengalihkan kain yang menutup muka simati.
Susulan itu, pihak sekolah sedang membincangkan tindakan disiplin yang bakal dikenakan ke atas pelajar itu.
Dalam pada itu, jurucakap Universiti Alabama dalam kenyataannya
menyifatkan insiden itu sebagai tidak menghormati mayat dan polisi yang
ditetapkan.
“Pelajar itu melanggar peraturan yang ditetapkan dan ia merupakan
sesuatu yang tidak boleh diterima serta amat mengecewakan. Kami akan
mengkaji semula prosedur kami bagi memastikan kejadian ini tidak
berulang,’’ katanya.
No comments
Post a Comment