Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Mayat Operator Mesin Ditemui Terapung Di Karambunai
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Mayat seorang operator mesin yang dilaporkan lemas ketika menjala ikan di sebuah tasik di Karambunai semalam ditemui pasukan mencari dan menyelamat, awal hari ini.



Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra, berkata mayat Maejoh Japar, 53, dari Kampung Karambunai ditemui terapung kira-kira 30 meter dari tebing tasik pada 6.54 pagi. 


"Sebelum kejadian mangsa yang berbangsa Dusun keluar rumah kira-kira 12 tengah hari semalam untuk menjala ikan di sebuah tasik di Karambunai. Lebih kurang jam 8 malam mangsa sempat menghubungi isterinya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 



Bagaimanapun, kata Chandra, sehingga jam 1 pagi, mangsa tidak pulang ke rumah menyebabkan ahli keluarga keluar mencarinya dan menjumpai barangan mangsa seperti selipar dan pukat di bawah sebatang pokok kira-kira 50 meter dari tasik.

Chandra berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 3 pagi tadi sebelum sepasukan anggota bomba dan penyelamat melancarkan operasi mencari mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang maut manakala dua lagi cedera, seorang daripadanya parah, selepas lori lima tan yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang lori 10 tan yang diletakkan di tepi jalan di depan sebuah kilang simen di Teluk Sepanggar 7.30 malam, semalam. 
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Shahrin Jemin, 25, berasal dari Kampung Lok Batik, Tuaran, yang duduk di kerusi penumpang lori berkenaan ketika kejadian.

Seorang lagi penumpang cuma cedera ringan manakala pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam perkembangan lain, mayat seorang lelaki, dipercayai penagih dadah, ditemui di Sungai Padas, Beaufort, jam 10 pagi tadi kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dilihat terjun ke dalam sungai itu ketika melarikan diri daripada buruan polis. - BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments