Walaupun bidang yang dipilih Mohd Alfeeq Haiqal Mohammad Fauzi, 20,
anak bongsu kepada penyanyi Noraniza Idris agak berbeza dengan
latarbelakang ibunya, kecenderungannya dalam dunia peragaan serta
menghabiskan masa di gim melayakkan Alfeeq Haiqal mewakili Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur untuk pencarian Mister Planet Malaysia 2014.
Ketika ditemui, Alfeeq Haiqal yang kini seorang freelance fitness
trainer atau pelatih kecergasaan di sekitar Lembah Klang itu telah
merancang untuk memberi kejutan kepada ibunya itu yang sedia maklum
mengenai minatnya dalam menyertai pertandingan sebegini.
“Sehingga ke hari ini, saya belum memberi tahu dia(Noraniza
Idris) mengenai perkara ini kerana ingin membuat kejutan kepadanya. Dia
akan mengetahuinya pada malam ini jika dia dapat hadir pada acara
memperkenalkan finalis yang dianjurkan oleh penganjur Mister Planet
Malaysia 20134 di Upstairs Club, Cheras.
“Daripada dulu dia mengetahui minat saya dalam bidang
peragaan dan lakonan malah dia memang menyokong minat saya kearah itu
jadi saya rasa dia tidaklah akan sangat terkejut,”cerita Alfeeq Haiqal
mengenai rancangan untuk memberitahu ibunya mengenai kejayaan menjadi
finalis Mister Planet Malaysia 2014.
Julung kali diadakan di negara ini, Mister Planet Malaysia
2014 dianjurkan oleh Malaysian United Nations Pageant dibawah kelolaan
Azman Bosri mencari idola jejaka tempatan untuk bertanding di Mister
Planet 2014 di Filipina tahun hadapan dengan 60 perserta daripada
seluruh dunia.
Alfeeq Haiqal telah mendapat sokongan teman-teman yang dapat melihat
kebolehannya dalam bidang seni antaranya dunia lakonan. Berbekalkan
wajah dan keyakinan diri, dia cuba untuk percaya pada kelebihan yang
dimilikinya itu sebagai senjata serta penguat semangatnya didalam
pertandingan ini.
“Saya pun tak tahu kelebihan saya berbanding peserta lain tetapi saya
harus percaya dengan apa yang saya miliki dan keyakinan yang tinggi
untuk membuatkan kita tampil menyerlah. Keyakinan diri sangat membantu
mengawal setiap gerak langkah kita dan saya cuba untuk tidak kehilangan
sepanjang pertandingan ini.
“Sedikit sebanyak saya buat juga research di Internet mengenai
pertandingan seumpama ini dan juga pertandingan ratu cantik bagi melihat
contoh-contoh soalan yang seringkali diajukan kepada peserta acara
sebegini,”tambahnya yang mengaku masih solo dan tiada sebarang masalah
untuk menerima komitmen bercinta dalam masa terdekat.
Tidak meletakkan sebarang jolokan atau title, menjadi finalis sudah
membuka mata anak kepada penggiat muzik tradisional dan irama Malaysia
ini untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia seni terutamanya dunia
lakonan.
No comments
Post a Comment