Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Beza Penempatan Sementara Kita Dengan Negara Jepun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SETIAP kali berlakunya pemindahan sementara untuk mangsa bencana alam di negara ini, kita akan lihat suasana yang ‘kelam kabut’ dan berselerak di pusat-pusat pemindahan tersebut.

Lebih parah golongan wanita. Bayangkan dalam usaha untuk menjaga ahli keluarga, mereka juga terpaksa menjaga menjaga aurat daripada dilihat ratusan mangsa yang bukan muhrim.

Ibu yang menyusukan anak lagi sedih, terpaksa menyusukan anak sambil orang lalu-lalang.
Pengalaman penulis lagi sadis, pada suatu hari seorang Menteri lelaki ini pergi melawat mangsa banjir di kawasannya.

Apalagi, berduyunlah pihak media datang membuat liputan.

Ketika beliau sedang bersalaman, seorang ketua kampung ini memberitahu yang anak buahnya baru melahirkan anak.

Apalagi pak Menteri dan puluhan jurukamera dan jurugambar pun meluru ke arah wanita yang dimaksudkan.

Ketika pak Menteri menghulurkan tangan untuk bersalaman, si ibu tadi mungkin kerana teruja diziarahi pembesar, terus menyambut salam tersebut sambil terlupa yang dia sedang menyusukan bayinya.

Apalagi terserlah ‘dua bukit’ si ibu di depan puluhan jurugambar yang bertugas…nasib baik si suami sempat menjerit;
” Jangan ambil gambar lagi, isteri saya sedang MENETEK! “

Bila dikenang kembali, lucu pun ada juga.

Moralnya di sini, kerajaan sudah perlu melihat semula kaedah yang lebih baik dalam bab penempatan sementara ini.

Di sini penulis sertakan gambar bagaimana kerajaan Jepun menyediakan penempatan sementara untuk rakyatnya yang dilanda gempa bumi.

Khemah yang disediakan sangat menarik, sekali gus boleh menyelesaikan masalah ‘privasi’ mangsa-mangsa ini.

Lagipun nampak ia lebih tersusun, sistematik, bersih dan kemas.
Mungkin harga khemah-khemah sebegini agak mahal namun rasanya kerajaan dah lebih dari mampu untuk menyediakan.

Inilah masanya untuk kita menunjukkan keprihatinan kepada rakyat yang masih ‘sudi’  memangkah kita untuk memerintah.
Itupun kalau kita masih ‘sudi’ untuk mengenang jasa merekalah

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments