Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Budak 10 tahun dirogol sepupu
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Betong: Tidak cukup hanya dirogol, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun turut dibelasah oleh sepupunya sebelum dia ditinggalkan keseorangan di sebuah rumah di Spaoh, di sini kelmarin. 

Sebelum kejadian pada jam 2.15 petang itu, suspek berusia 17 tahun meminta mangsa menemaninya mengambil bungkusan ais di rumahnya yang terletak berhampiran rumah mangsa. Kehilangan budak perempuan itu disedari ibunya berusia 30 tahun, kira-kira 45 minit kemudian. 

Menurut sumber, wanita itu kemudian mencari anak perempuannya dan menemui mangsa dalam keadaan takut sambil menangis sebelum memaklumkan dirogol oleh suspek, manakala siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dirogol dalam bilik tidur remaja terbabit. 



Ibu buat laporan polis 

“Susulan itu, mangsa ditemani ibunya membuat laporan di Balai Polis Spaoh. Suspek ditahan di rumahnya jam 5.35 petang semalam (kelmarin). Polis merampas pakaian suspek untuk dijadikan barang kes serta tilam yang dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Aidil Bolhassan, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Sementara itu di Bintulu, seorang kontraktor binaan maut ditikam ketika cuba menyelamatkan isterinya yang bergelut dengan sekumpulan enam penjenayah bersenjatakan parang dan pisau di banglo dua tingkat milik mereka di Taman Perumahan MNLG, Jalan Tanjung Kidurong, jam 10.30 malam kelmarin. 
Mangsa hanya dikenali sebagai Lau, 48, sebelum itu bergegas ke tingkat bawah banglo sejurus mendengar isterinya menjerit meminta tolong. 

Rampas beg tangan 

Wanita terbabit ketika itu membuka pagar kediaman sebaik pulang dari bermain bola tampar apabila diserbu kumpulan itu yang turut merampas beg tangannya. 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Abdul Razak Mohammad pada sidang medianya, semalam berkata siasatan awal mendapati sebuah bilik yang dijadikan pejabat di tingkat bawah kediaman itu digeledah dan telefon bimbit serta sejumlah wang tunai milik mangsa hilang selain menemui tiga bilah parang ditinggalkan di sekitar lokasi kejadian. 

Katanya, polis menahan empat suspek, termasuk dua warga Indonesia di sebuah tapak pembinaan berdekatan Lapangan Terbang Bintulu dan sedang memburu dua lagi penjenayah.
BH

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments