GIGI hadapan Raja Rock n Roll, Elvis Presley dilelong pada harga 6,500 pound (RM35,000) di Britain, baru-baru ini.
Gigi dipamerkan buat pertama kali di Beacon Dental Care, Malvern di Worcestershire itu diletakkan pada acuan gigi palsu dan menjadi milik seorang doktor gigi, Michael Zuk dari Kanada yang juga peminat tegar artis berkenaan.
“Saya membida untuk mendapatkan gigi ini selepas dilelong oleh pembuat gigi palsu Elvis Henry J Weiss pada 1971,” katanya kepada The Mirror News.
Menurutnya, keaslian gigi itu dibuktikan selepas mendapat pengesahan daripada doktor gigi isteri dan anak penyanyi berkenaan. -sinar
No comments
Post a Comment