HAMPIR tiga tahun tanpa album baru, Paramore kini muncul dengan album keempat, Paramore yang muziknya lebih segar berbanding album sebelumnya.
Mempertaruhkan single terbaru Now, band rock yang dulunya dianggotai lima ahli ini lebih matang dalam memilih lagu, sesuai dengan perkembangan terkini.
Seiring dengan kelahiran album itu, Paramore sedia menggegarkan Malaysia buat kali kedua pada 17 Februari ini, bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
“Josh dan Zac meninggalkan band ini selepas persembahan Paramore di Orlando.
“Namun tiada seorang pun antara kami yang terkejut kerana kami dapat merasakan mereka pernah menyatakan hasrat untuk berundur sejak setahun lalu lagi," kata Hayley yang juga merupakan satu-satunya 'bunga' dalam kumpulan itu.
Walaupun pengunduran tersebut mungkin meninggalkan kesan kepada ahli kumpulan, namun Hayley tetap berharap hubungan mereka akan terus baik.
“Kami masih berharap mereka berada di sisi kami melalui kenangan indah bersama seperti dulu,” kata Hayley yang teruja untuk mengadakan konsert di negara ini.
Sumber - Sinar Online
No comments
Post a Comment