Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Hilang kesemua gigi gara-gara ketagih minum COKE!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Australia – Baru berusia 25 tahun, namun seorang lelaki hilang semua giginya. Ia gara-gara ketagihannya kepada minuman berkarbonat.
Boleh dikatakan hampir setiap hari William Kennewell  minum enam hingga lapan liter air berkarbonat  terutama Coke.
Biarpun diberikan amaran oleh doktor gigi, namun pekerja hotel itu tidak mempedulikannya hinggalah giginya mulai reput satu demi satu.
Ketagihannya kepada minuman berkarbonat itu juga menyebabkan dia hampir mengalami keracunan darah akibat gigi yang reput.
“Saya adalah lelaki normal yang mempunyai gigi namun kini semuanya terpaksa dibuang dan terpaksa memakai gigi palsu.
“Saya mula ketagih kepada minuman bergula ini selepas bekerja dalam industri perhotelan. Ia memudahkan akses saya kepada Coke,” katanya.
Masalah ketagihan kepada minuman berkarbonat itu telah menyebabkan pakar kesihatan Australia melakukan kajian terhadapnya bagi memberikan kesedaran kepada golongan muda supaya mengelakkan minuman tersebut.
Menurut penyelidik kanan, Dr Jason Armfield, beliau sudah menjalankan kajian terhadap 16,800 kanak-kanak di Australia.
Tinjauan itu mendapati 56 peratus daripada mereka yang berusia lima hingga 16 tahun minum minuman manis dan berkarbonat setiap hari.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments