Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Boleh Tempah teksi dalam talian melalui iPhone atau Android!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR – Penumpang di Lembah Klang kini boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian melalui iPhone dan telefon mudah alih pintar Android.
Sistem tempahan teksi dalam talian dan sistem kedudukan global (GPS) itu dilancarkan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar di sini, Rabu.
Ia dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.
Pengarah Eksekutifnya, Choi Wei Yee berkata sistem itu akan membolehkan syarikat teksi menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa, cepat dan cekap kepada penumpang.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran di Bukit Bintang, beliau berkata teksi itu yang dilengkapi dengan GPS membolehkan ia mengesan penumpang dan menjadikan pemanduan lebih mudah. “Pada masa ini kita mempunyai sekitar 3,000 pemandu teksi di bawah syarikat kami dan 1,000 telah dipasang sistem ini.
“Kita berharap 1,000 lagi teksi akan menggunakannya menjelang hujung tahun ini.
Pemandu teksi membayar RM180 sebulan untuk sistem ini,” katanya.
Katanya penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi sebanyak 50 peratus kerana mereka tidak lagi perlu memandu untuk mencari penumpang atau bersaing dengan pemandu teksi lain. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments