Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Berat kanak-kanak yang didera sampai mati didapati turun secara mendadak sebelum meninggal dunia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




KUALA LUMPUR - Polis mendapati berat badan kanak-kanak yang dipercayai didera, Muhammad Irfan Raiyan Mohammad Shahnaz turun secara mendadak daripada 11 kg pada tahun lepas kepada 8 kg ketika mayatnya ditimbang setelah ditemui mati di kediamannya di Semenyih, 31 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pakar nutrisi hospital menjelaskan berdasarkan rekod kesihatan Muhammad Irfan Raiyan, 3, beratnya turun secara mendadak sebanyak tiga kilogram yang menunjukkan mangsa bukan saja didera secara fizikal malah berkemungkinan tidak diberi makan.

"Berat yang sepatutnya bagi kanak-kanak seusianya adalah 15 kg,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, dekat sini.
Pada kejadian 31 Januari lalu, Muhammad Irfan Raiyan ditemui tidak bernyawa oleh ibunya ketika mahu mengejutkan anaknya itu yang tidur, untuk mandi.
Punca kematian kanak-kanak tersebut adalah akibat terkena benda keras dan pendarahan di kepala selain lebam di bahagian dada, tangan dan kesan rotan di kaki. - BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments