KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari satu bulan kepada tiga bulan bermula hari ini.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, mereka yang telah berjaya mendaftar dan menerima pengesahan pada awal Januari lalu bagaimanapun tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke tiga bulan dari tarikh pendaftaran asal mereka.
“Kami dalam proses menghantar emel kepada semua yang telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, mereka yang telah berjaya mendaftar dan menerima pengesahan pada awal Januari lalu bagaimanapun tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke tiga bulan dari tarikh pendaftaran asal mereka.
Mohamed Sharil berkata, syarikat-syarikat telekomunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut.
Jelas beliau, lebih 440,000 belia berumur 21 hingga 30 tahun telah berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 tersebut sehingga hari ini.
Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, hampir 60,000 telah membeli telefon pintar baharu.
Tambahnya, terdapat lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara menawarkan hampir 70 model telefon pintar melalui Skim Pakej Komunikasi Belia yang dlancarkan pada 1 Januari lalu. – mynewshub.my
No comments
Post a Comment