Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tsunami di Kepulauan Solomon ragut 5 Nyawa! (6 Gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kepulauan Solomon: Satu gempa bumi kuat berukuran 8.0 magnitud yang menyebabkan tsunami, meragut sekurang-kurangnya lima nyawa di kawasan terpencil Kepulauan Solomon semalam.
Gempa itu berpusat 340 kilometer ke timur Kira Kira dekat Solomon, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii.
Amaran tsunami dikeluarkan kepada penduduk kepulauan itu dan negara Pasifik Selatan lain, termasuk Australia dan New Zealand. Ia kemudian dibatalkan bagi sesetengah kawasan yang terletak jauh ke pedalaman.


Tsunami berketinggian 0.9 meter melanda dekat bandar Lata di Pulau terpencil Santa Cruz, membanjiri beberapa kampung dan lapangan terbang utama bandar itu serta memaksa penduduk berlari menyelamatkan diri ke kawasan tinggi. Lebih 30 gempa susulan yang berukuran hingga 6.6 magnitud juga dicatatkan berlaku dalam tempoh beberapa jam selepas gempa pertama, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat. Pengarah Hospital Lata, Augustine Pilve memberitahu televisyen New Zealand, terdapat lima orang yang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.
Dia juga berkata, ada kemungkinan angka korban meningkat berikutan tsunami itu. - Reuters

Jom tengok gambar selepas kejadian tsunami >>


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments