Minggu lalu, heboh juga kisah penyanyi kecil molek, Stacy nak
berkahwin dengan `teman tapi mesra’, Akim Ahmad dan memeluk Islam. Kak
Pora tidak terkejut mendengarnya kerana Kak Pora tahu hubungan rapat
Stacy dan Akim, malah khabarnya Akim juga menyayangi anak angkat Stacy,
Bella Valentina seperti anaknya sendiri.
Sudah lama mereka berkawan rapat, tapi tiada pengakuan cinta!
Bertemu Stacy, baru-baru ini, Kak Pora sempat bertanya sejauh manakah kebenaran cerita yang didengar. Stacy beritahu Kak Pora, dia pun terkejut dengan beberapa laporan berita yang dipaparkan, seolah-olah dirinya sudah bersedia memeluk Islam. Sejak kecil, Stacy beragama Kristian. Jadi, sudah tentulah keluarga Stacy mungkin terkejut apabila mendengarnya.
Bagaimanapun, apabila diterangkan hal sebenar, barulah mereka tenang.
“Saya akui berkawan baik dengan Akim, tetapi tidaklah sampai merancang nak berkahwin.
Lagipun, saya dan Akim sudah lama tidak bertemu sejak Aidilfitri lalu, dia sibuk dengan aktiviti seninya. Hubungan baik dengan Akim sama seperti hubungan rapat dengan Adira dan Hafiz, sesekali kami bertemu dan melepak bersama. Hubungan kami masih kawan, belum sampai tahap serius. Soal memeluk agama Islam terlalu sensitif untuk diperkatakan.
“Saya akui senang dengan masyarakat Melayu yang beragama Islam, tapi belum tergerak hati saya nak bertukar agama. Saya sukakan budaya orang Melayu dan Islam yang beradab kerana saya tahu, orang Sabah seperti saya ini kelihatan agak kasar cara pertuturan. Itu saja, tapi ia bukanlah bermakna saya nak tukar agama. Saya hanya kagum dengan orang Melayu yang beragama Islam,” katanya.
-BH
No comments
Post a Comment