Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gara-Gara Ponteng Tuisyen, Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Dalam Kereta Di Sibu
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SIBU – Seorang lelaki berumur 27 tahun ditangkap polis selepas disyaki merogol seorang gadis bawah umur di dalam sebuah kereta, baru-baru ini.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku antara jam 7 malam hingga 8 malam ketika mangsa berumur 15 tahun dikatakan ponteng kelas tuisyen untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya di sebuah pusat siber lewat tahun lepas.
Terdahulu, bapa mangsa menghantar anak gadisnya ke pusat tuisyen itu, namun sebaik sahaja bapanya beredar dari situ, mangsa dipercayai berjumpa dengan suspek yang sedang menantinya di bahagian belakang pusat tuisyen tersebut.
Difahamkan, mangsa bersembang dengan suspek yang kemudian mengajaknya masuk ke dalam kereta jenis Toyota Avanza.
Suspek kemudian membawa mangsa ke tempat lain yang tidak dapat dipastikan sebelum berjaya memujuk mangsa untuk melakukan seks di dalam kereta itu.
Selepas memuaskan nafsunya, suspek telah menghantar mangsa kembali ke pusat tuisyen, tetapi mangsa bertukar fikiran dan berjalan kaki pulang ke rumahnya tidak jauh dari situ.
Difahamkan, mangsa yang serba-salah telah memberitahu teman lelakinya yang datang ke rumahnya pada malam tersebut.
Tindakan tersebut telah membuat teman lelakinya marah dan memaklumkan perkara itu kepada bapa mangsa.
Kesal dengan apa yang berlaku terhadap anaknya, bapa mangsa telah bertindak membuat laporan polis.
Polis yang dimaklumkan mengenai kes tersebut, bertindak mencari suspek dan berjaya menahan seorang lelaki yang tinggal di Jalan Lada, petang kelmarin.
Turut dirampas ialah sebuah kereta Toyota Avanza.
Pihak polis forensik yang kebetulan berada di sini turut menjalankan pemeriksaan terhadap kereta Avanza tersebut di Balai Polis Sentral petang kelmarin.
Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut. - Borneo Post
Gara-Gara Ponteng Tuisyen, Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Dalam Keretahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/pix100003641.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/pix100003641-150x150.jpgAuthor MNHJenayahUtama,,

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments