Stockholm: Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun terkejut
apabila akhbar yang dibacanya melaporkan yang dia sudah meninggal dunia.
Sven-Olof Svensson sedang membaca akhbar tempatan Jonkopings-Posten
sebelum terlihat paparan ucapan takziah untuk dirinya sendiri.
Ucapan takziah itu diserahkan kepada akhbar terbabit oleh kakaknya yang berusia 90 tahun selepas Svensson dimasukkan ke hospital pada malam Krismas kerana tidak sihat.
Kakaknya menghubungi doktor yang merawat Svensson tetapi salah faham
mengenai penyakit yang di jelaskan oleh doktor itu. Dia menyangka
Svensson sudah meninggal dunia dan mula menulis ucapan takziah kepada
adiknya bersama kawan baik Svensson, Lars Faltskog.
Bagaimanapun, Faltskog yang ingin mengambil barangan peribadi milik sahabatnya itu pada 3 Januari lalu terkejut apabila mendapati Svensson masih hidup. - AP
No comments
Post a Comment