Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Justin Bieber Merayu Untuk Kembali Bersama Selena Gomez
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


UMUM tahu, hubungan cinta pasangan selebriti, Justin Bieber dan Selena Gomez sudah lama terkandas di tengah jalan.
Walaupun sebelum ini, Gomez telah memberi peluang kedua buat Bieber untuk memperbaiki kesilapan lalu, namun peluang itu tidak digunakan sebaiknya.

Malah, Bieber bukan sahaja curang terhadap Gomez, malah bintang, Never Say Never ini turut terlibat dalam ketagihan dadah dan alkohol yang teruk serta masalah disiplin.

Tidak mampu untuk bertahan lagi, Gomez mengambil keputusan untuk meninggalkan Bieber dan membiarkan bintang itu terus hanyut dalam dunia liarnya.

Pun begitu, cinta Bieber untuk Gomez cukup kuat, malah dia dilihat seperti 'gila talak', namun Gomez pula dilihat semakin muak dan tetap menjauhinya.

Baru-baru ini, pasangan itu dikhabarkan telah bertengkar hebat di telefon menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Meneliti teks pergaduhan mereka, Bieber mengakui masih mendambakan bintang kecil molek itu dan akhirnya berang apabila rayuannya ditolak lagi.

"Come on baby, i love you," tulis Bieber sebagai rayuan permulaan.

Malah, Bieber juga turut menghantar gambar bogelnya kepada Gomez sebagai usaha mendapatkan kembali hati wanita itu.

Namun, Gomez tetap tidak berganjak dengan keputusannya serta menyuruh Bieber mendapatkan rawatan di pusat pemulihan.

Saranan Gomez menjadikan Bieber semakin berang dan bertindak memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada bekas kekasihnya itu.

Tiada peluang ketiga
Rayuan cinta Bieber untuk Gomez bukanlah sekali dua, malah Bieber dilihat tidak putus asa untuk memujuk hati Gomez agar kembali ke pangkuannya.

Menurut Gomez, sebelum ini, dia pernah memberi peluang kedua buat Bieber pada satu masa dahulu, namun ianya tidak dihargai Bieber.

"Dia pernah mencurangi saya satu masa dahulu dan saya juga pernah memberinya peluang kedua untuk dia berubah.

"Namun, kejujuran saya sekali lagi diragut dan untuk kali ketiga, sudah tiada lagi. Saya juga sama seperti wanita lain.

"Saya sudah tidak mempercayainya walau apa pun yang terjadi. Malah, nasihat rakan saya mengenainya memang betul. Perangainya sukar diramal dan saya tidak mahu mengambil risiko lagi," katanya.

Cinta sampai bila-bila
Walaupun sukar untuk menduga apa yang ada dalam hati penyanyi lagu, Love You ini, namun dia mengakui rasa cinta terhadap Gomez sangat tebal.

Malah, akui Bieber, hampir kesemua lagu yang dihasilkan adalah berkait rapat dengan kisahnya bersama Gomez.

"Saya sangat menyayanginya dan sukar untuk meneruskan kehidupan tanpa dia (Gomez) di sisi.

"Saat yang paling indah dalam hidup saya adalah ketika bersama dengannya dan dia sangat penting dalam hidup saya.

"Perpisahan itu begitu berat untuk dilalui, malah saya akui dia adalah wanita hebat. Saya akan mencintainya sampai bila-bila," katanya ketika di wawancara oleh radio antarabangsa.

Jelas Bieber, walaupun namanya sering dikaitkan dengan wanita lain, namun rasa cintanya tidak sama ketika bersama Gomez.

"Usah dibandingkan dirinya dengan sesiapa kerana tiada siapa dapat menggantikan dirinya untuk saya.

"Saya separuh gila untuk mendapatkannya kembali!," katanya.

Selebriti full package?
Di mana sahaja dia berada, pasti akan ada kontroversi yang dicipta sendiri, sekali gus menambah bilangan kontroversi yang sedia ada.

Baru-baru ini, Bieber dikhabarkan sedang berlibur di Aspen dan dia turut memuat naik gambar tanda tangannya pada salji menggunakan air kencing sendiri.

Walaupun kes menyerang jiran dengan membaling telur masih belum selesai, Bieber dilihat mengalami masalah yang semakin serius dalam kehidupannya.

Mungkin kerana kesan ubat-ubatan yang diambil dalam dos yang berlebihan menyebabkan bintang ini semakin tidak dapat dikawal.

Pun begitu, segala tindakan yang dibuat tidak pernah diakhiri dengan penjelasan kerana belum sempat memberi penjelasan, dia terus menerus mencipta masalah lain.

Malah, Bieber dianggap selebriti full package yang menjalani kehidupan secara negatif dan tidak mustahil jika bintang itu akan malap beberapa tahun lagi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments