Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » KECOH - Nurul Izzah Akan Bercerai
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


DUNIA maya hari ini kecoh apabila digemparkan dengan desas-desus mengenai rumah tangga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang didakwa menuntut cerai daripada suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.
Nurul Izzah merupakan anak kepada Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau dikatakan membuat permohonan untuk bercerai secara fasakh menerusi satu tuntutan di sebuah mahkamah syariah hujung tahun lepas.
Menurut laporan beberapa portal dan blog, Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai telah menerima tuntutan berkenaan pada Khamis lepas dan memohon penangguhan selama dua minggu bagi membolehkan beliau menyediakan kesnya.
Usaha pihak media untuk menghubungi pasangan itu gagal.
Nurul Izzah, 33 tahun dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 tahun dinikahkan pada 9 Mei 2003.
Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman Anwar, di Bukit Bandaraya, dekat sini.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki yang berusia empat tahun.
Tahun lalu, negara kecoh apabila video klip menyerupai Nurul Izzah sedang melakukan oral seks dengan pensyarahnya tersebar.
Ibunya, Wan Azizah mengeluarkan kenyataan di blognya menyelar pensyarah berkenana kerana mengambil kesempatan terhadap anak perempuannya.
Namun, peliknya kenyataan di blog peribadi Wan Azizah itu dinafikan kemudiannya oleh pihak Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa blog berkenaan telah digodam.
Isu klip berkenaan dikatakan antara penyumbang kepada hubungan yang dingin antara Nurul Izzah dan suaminya.

CP:  Mynewshub

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments