Kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun menyentuh hati ramai orang apabila terkorban dalam kebakaran selepas menyelamatkan enam nyawa, awal pagi Isnin lalu.
Pada hari tersebut, Tyler Doohan yang tinggal bersama datuknya di sebuah trailer di Penfiest, East Rochester, New York dikatakan terjaga apabila terhidu bau asap.
Dia kemudiannya bertindak pantas membunyikan penggera yang mengejutkan enam saudara maranya yang sedang tidur dalam trailer tersebut.
Mereka serta merta berlari keluar menyelamatkan diri namun Tyler kemudiannya berpatah balik untuk menyelamatkan datuknya yang masih berada di dalam.
Ibu saudara Tyler cuba menahannya namun terpaksa berpatah balik kerana asap tebal.
Ketua Bomba Penfield, Chris Ebmeyer menyatakan mayat Tyler ditemui di sebelah katil datuknya, Louis Beach selepas kebakaran berjaya dipadamkan. Turut maut dalam kebakaran tersebut adalah seorang lelaki lain dan seekor anjing.
Menurut Chris, Tyler merupakan hero apabila bertindak pantas membunyikan penggera hingga menyelamatkan enam nyawa, meskipun akhirnya dia sendiri tidak berjaya menyelamatkan diri.
No comments
Post a Comment