Gambar Hiasan |
Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori patah gigi dan lebam pada badan
selepas dibelasah sebaik lori dipandunya terlanggar sebuah teksi di
Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 29
tahun ditemani adiknya berusia 23 tahun dalam perjalanan ke ibu kota
sebelum lori dipandunya melanggar sebuah teksi di lokasi kejadian.
Menurut sumber, mangsa kemudian keluar untuk melihat kerosakan yang
berlaku dan ingin berbincang dengan pemandu teksi terbabit.
“Bagaimanapun tiba-tiba pemandu teksi itu mengamuk dan memarahi mangsa dengan menghamburkan kata-kata kesat.
“Terkejut dengan tindakan berkenaan, mangsa meminta lelaki terbabit
bertenang namun gagal apabila dia tiba-tiba menumbuk muka mangsa.
Malah adik mangsa turut diserang lelaki itu,” katanya.
Sumber berkata, sebaik dibelasah selama beberapa minit, pemandu teksi berkenaan terus beredar.
“Akibat kejadian itu, mangsa patah sebatang gigi dan lebam di muka
serta badan sementara adiknya hanya mengalami kecederaan ringan.
“Bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields,” katanya.
No comments
Post a Comment