Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PELIK ! Sotong kurita berbentuk hantu Casper ditemui
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


WASHINGTON – Sekumpulan saintis di sini terkejut selepas menemui seekor sotong kurita yang berbentuk seperti hantu Casper di dasar laut di perairan Hawaii baru-baru ini.
Sotong yang masih belum dikenal pasti spesiesnya itu ditemui oleh sebuah kapal selam kawalan jauh yang digunakan untuk tujuan penyelidikan semasa haiwan berkenaan berada pada kedalaman laut sekitar empat kilometer di barat laut gugusan Kepulauan Hawaii.
“Ketika kenderaan bawah air itu melintasi sebuah kawasan berbatu yang rata, kamera yang dipasang berjaya merakam seekor sotong kurita ganjil berwarna putih.
“Haiwan ganjil ini kelihatan tidak pernah ditemui sebelum ini. Jadi, kami perlu melakukan penyelidikan secara terperinci untuk mengenal pasti spesies sotong itu,” kata seorang saintis Pentadbiran Atmosfera dan Oseanik Kebangsaan (NOAA), Michael Vecchione dalam satu kenyataan.
Sotong itu hampir menyamai bentuk hantu dalam siri televisyen, Casper the Friendly Ghost dan haiwan berkenaan agak aneh kerana hanya mempunyai satu barisan penyedut pada sesungutnya.
“Lazimnya, seekor kurita mempunyai dua penyedut tetapi sotong ini mungkin kekurangan sel pigmen yang dikenali sebagai chromatophores menyebabkan kelihatan seperti tidak mempunyai banyak otot,” ujarnya. – AFP



Kosmo Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments