KUALA LUMPUR- Seorang ahli ekonomi memberi amaran bahawa bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) “tidak akan membawa kita ke mana-mana” dalam membantu mengurangkan jurang kemiskinan yang dijangka bertambah ekoran pemotongan subsidi minyak.
Ahli ekonomi Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya Dr Fatimah Kari berkata pemberian tunai tidak memberi program perlindungan sosial yang holistik atau menyediakan insentif untuk keluar dari kemiskinan.
“Saya secara peribadi tidak percaya kepada BR1M. Kerajaan perlu mengumumkan dasar keluar untuk BR1M… melalui program sosial yang komprehensif dan penyediaan akses kepada kesihatan, pendidikan dan pekerjaan. Ini mesti dirancang.
“BR1M tidak akan membawa kita ke mana-mana dalam jangka masa panjang untuk menyelesaikan kemiskinan di negara ini,” kata beliau. – Malaysiakini
No comments
Post a Comment