Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Dibelasah Penduduk Curi Tabung Masjid
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


DUNGUN – Tindakan seorang lelaki cuba mencuri wang tabung sebuah masjid, dekat sini membawa padah apabila dia bukan sahaja berjaya ditangkap penduduk kampung, malah turut dibelasah kerana bertindak agresif.
Kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu disedari anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang secara kebetulan melakukan rondaan di kawasan terbabit sebelum melihat kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan Masjid Kuala Abang.
Suspek dikatakan cuba mencuri tabung dalam masjid itu menggunakan tali seperti pancing dan tindakannya disedari anggota KRT sebelum menyerbu ke arah suspek.
Suspek yang terkejut dengan kehadiran anggota KRT itu cuba melarikan diri.
Anggota KRT berkenaan terpaksa membelasah suspek yang bertindak agresif sebelum berjaya ditahan.
Suspek, berusia 30-an berasal dari Bukit Gasing Marang kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut dan suspek yang gagal mendapat sebarang habuan hasil kerja jahatnya itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. – Sinar Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments