Los Angeles: Justin Bieber menggelar bekas kekasihnya Selena Gomez ‘puteri paling anggun di dunia.’
Bintang berusia 20 tahun itu memuat naik gambar Selena di laman Instagram miliknya menunjukkan bekas teman wanitanya itu memakai gaun Emilio Pucci ketika menghadiri majlis Vanity Fair selepas anugerah Oscar.
Tindakannya itu menimbulkan spekulasi dia mungkin cuba memikat semula Selena untuk kali ketiga. Pasangan itu pertama kali menjalinkan hubungan pada 2010 namun berpisah pada Januari 2013 sebelum kembali bersama awal tahun ini.
Selena sebelum ini mendakwa kerjaya seninya lebih berjaya selepas berpisah dengan Bieber.
“Saya menyambut ulang tahun ke-20 namun putus cinta dan ketika itu saya menyedari perlu menguatkan semangat dan fokus pada apa yang perlu,” katanya.
Bieber pula dilihat intim dengan model Chantel Jeffries malah bercuti bersama di Panama dan Miami.
Bieber banyak mengundang masalah perundangan sejak kebelakangan ini di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
Bapa saudaranya Brad Bieber berkata, penyanyi itu berkelakukan pelik kerana teramat rindukan Selena. - Agensi
No comments
Post a Comment