Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelakon Maimun Mutalib Tegur Pelakon Baharu Kerja Sambil Lewa~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Maimun Mutalib
KUALA LUMPUR – Pelakon Maimun Mutalib, 54, menegur segelintir pelakon baharu yang gagal membawa watak antagonis dengan baik tetapi sekadar melakonkannya sambil lewa.
Malah Maimon, 54, yang juga dikenali dengan watak-watak sedemikian berkata, dia berasa geram melihat lakonan bintang baru yang tidak menjadi kerana ia gagal memberi kesan kepada penonton.
“Saya rasa geram apabila lihat pelakon-pelakon yang bawa watak antagonis tidak bawa watak itu dengan baik.
“Selalu orang ingat senang bawa watak tersebut tapi sebenarnya tanggang jawab kita ialah untuk sampaikan rasa benci itu kepada penonton,” katanya kepada mStar Online.
Maimon berkata, berdasarkan kepada pengamatannya, ada watak antagonis pelakon-pelakon baharu gagal menyentuh jiwanya kerana lakonan mereka itu tidak dilakukan sepenuh hati.
Justeru katanya, setiap pelakon perlulah mendalami ilmu seni lakon dengan sebaik mungkin dan bukannya melibatkan diri dalam dunia seni hanya untuk mencari glamor.
Dalam perkembangan lain Maimon yang kini banyak berehat di rumah kerana menghidap penyakit kanser payudara berkata, peluang berkenaan digunakan sepenuhnya untik melihat semula dram-drama lakonan beliau.
Dengan cara itu dia dapat mengubat kerinduannya terhadap dunia seni yang sudah ditinggalkan buat sementara waktu akibat penyakit berkenaan.
“Saya sangat sayangkan bidang lakonan, sejak duduk di rumah saya banyak masa untuk menonton drama-drama di televisyen.
“Kalau dulu memang tiada masa nak tengok betul-betul bagaimana lakonan kita dan kawan-kawan,” katanya.
Dalam pada itu, Maimun turut menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat yang prihatin terhadap penyakitnya sehingga ada yang meluangkan masa untuk melawat beliau di rumah. - mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments