Los Angeles – Bekas bintang Bachelor, Gia Allemand meninggal dunia pada usia 29 tahun selepas membunuh diri.
Teman lelakinya, Ryan Anderson dalam kenyataan akhbarnya berkata, dia telah menemui mayat Gia tergantung dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya dan terus menghubungi 911.
Ryan yang juga bintang NBA berkata, Gia kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti di New Orleans pada Isnin dan terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat.
“Keadaan masih belum sedarkan diri pada Selasa dan semalam, mesin sokongan hayat itu dimatikan selepas keadaannya tidak berubah,’’ katanya.
Upacara pengebumian Gia akan diadakan dan dimaklumkan kelak.
Dalam pada itu, portal TMZ melaporkan Gia sebelum berasa tertekan dan kecewa kerana hubungannya dengan Ryan sering berkocak.
Pada 2010, Gia menjadi finalis bagi musim ke 14, The Bachelor yang bertanding merebut hati seorang juruterbang, kapten Jake Pavelka.
Namun Gia tewas kepada Vienna Girardi namun Pavelka dan Girardi berpisah.
“Saya amat terkejut dengan berita kematian Gia. Dia seorang rakan yang baik. Kita kehilangan seorang bidadari hari ini,’’ kata Pavelka.
No comments
Post a Comment