Pelakon "Secret Garden", Ha Ji-won nampaknya bakal menandingi para pelakon di Hollywood.
Menurut laman sesawang Ten Asia, agensi naungannya, Sun and Moon Entertainment mengumumkan bahawa aktres tersebut menjadi pelakon wanita Korea pertama yang menandatangani kontrak bersama UTA, yang merupakan antara agensi terbesar di Amerika.
UTA merupakan sebuah agensi pengurusan artis yang turut menjadi pilihan artis terkemuka seperti Johnny Depp, Harrison Ford, Anthony Hopkins, Ewan McGregor, Nicholas Hoult, James McAvoy, Gwyneth Paltrow dan Celine Dion.
Menurut wakilnya, "Kami percaya Ha Ji-won punya masa depan yang cerah dan bakal membuat kemunculan di Hollywood. Kami menanti-nantikan saatnya dia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa."
No comments
Post a Comment