Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Peragut Tanya Khabar Sebelum Meragut~! Pintar Tapi Bodoh..
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ragut
SIJANGKANG – Empat suspek samun berjaya dicekup polis peronda tidak sampai setengah jam selepas meragut rantai seorang wanita di Jalan Rumbia Batu 8, Kampung Sijangkang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, seorang daripada suspek turun dari kenderaan Kia Carens bertanyakan khabar ibu mangsa dan perihal rumah sewa sebelum meragut seutas rantai emas dipakai wanita terbabit.
Terkejut dengan tindakan itu, mangsa lingkungan 40-an menjerit meminta tolong dan pada masa sama, suspek cuba menghidupkan enjin kenderaan untuk melarikan diri, namun gagal.
Suspek bersama dua rakan subahatnya bertindak meninggalkan kereta berkenaan di hadapan rumah mangsa setelah enjin kenderaan itu gagal dihidupkan.
Mangsa kemudiannya menghubungi polis meminta bantuan kerana bimbang keselamatan terancam sekiranya suspek kembali semula.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, tidak sampai 10 minit sepasukan polis peronda tiba di tempat kejadian dan mendapati empat lelaki menaiki Perodua Viva putih berlegar dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, polis kemudian bertindak mengekori kenderaan terbabit sebelum memintasnya 10 minit kemudian di Jalan Ubi, Kampung Sijangkang.
“Hasil pemeriksaan dijalankan polis menemui sebilah parang, pisang, pemotong besi, dua playar, dua set sepana, lima telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan seutas rantai emas putus.
“Semua suspek ditahan dan siasatan awal polis mendapati empat lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun, pecah rumah dan curi selain mendapati positif syabu,” katanya.
Beliau berkata, dengan penemuan Perodua Viva dan Kia Carens yang dilaporkan hilang di Bandar Baru Salak Tinggi dan Klang itu, polis percaya ia ada kaitan dengan beberapa kes samun sebelum ini.
“Semua suspek lingkungan 26 hingga 30 tahun itu direman bagi membantu siasatan,” katanya. – Sinar Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments