California – Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Paul Franklin terkejut selepas mendapati bengkak di lututnya sebenarnya mengandungi siput laut.
Menurut ibunya, Rachel, siput itu keluar daripada lutut anaknya itu selepas dia memicit bengkak di bahagian berkenaan.
Pada mulanya, Rachel berkata, dia menyangka bengkak dan luka di berlaku selepas anaknya terjatuh di atas batu ketika mereka sekeluarga berkelah di tepi pantai.
“Selepas membersihkan luka itu dengan antibiotik dan lutut itu dibalut, saya sangkakan ia akan pulih seperti sediakala,’’ katanya.
Namun beberapa minggu kemudian, Paul sekali lagi jatuh ketika bermain ski menyebabkan lututnya itu membengkak dan berasa sakit apabila disentuh.
Doktor memberitahu Rachael bahawa ia merupakan jangkitan kuman dan telah mengambil tisu di bahagian lututnya untuk ujian selain memberikan antibiotik yang lebih kuat.
Hanya selepas ubat itu gagal memberikan kesan, Rachel mengetahui ada sesuatu yang tidak kena dan dia kemudiannya memutuskan untuk memicit bengkak berkenaan bagi mengeluarkan cecair di dalamnya.
“Saya tahu doktor tidak akan berbuat demikian, sebab itu saya perlu melakukannya sendiri,’’ katanya.
Apa yang mengejutkannya ialah selepas lutut Paul dipicit, satu objek kecil telah keluar dari luka itu dan selepas diamati rupanya ia adalah siput kecil.
Rupa-rupanya ketika mereka berkelah di tepi pantai itu, Paul telah terjatuh di atas sarang telur siput berkenaan yang kemudiannya masuk ke dalam luka tersebut.
Menurut Rachel, siput itu kini dipelihara oleh Paul dan dinamakan sebagai Turbo.
No comments
Post a Comment